Cara Kurus Cepat Dengan Diet Atkins

Diet Atkins fokus pada pengurangan makan makanan berkarbohidrat dan secara tidak langsung menggunakan lemak sebagai sumber tenaga kegunaan harian.

Diet Plan

Atkins Diet

Weight Loss Rate

Fast

Difficulty

Hard

Notes

Apa Itu Diet Atkins

Diet atkins ialah sejenis pola pemakanan yang diasaskan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu individu yang ingin mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan atau dikenali sebagai “ Atkins Nutritional Approach”.

Diet Atkins bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan semata-mata, malah mengajar pengamalnya cara bagaimana untuk membuat peralihan secara beransur-ansur, kepada penyelenggaraan seumur hidup supaya akan kekal sihat dan langsing.

4 Fasa Diet Atkins

Atkins Nutritional Approach (ANA) boleh dibahagikan kepada 4 bahagian yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mendapatkan berat badan impian anda. Bahagiannya ialah:

Fasa 1: Induksi/Pengenalan (Induction)

Fasa 2: Proses penyusutan berat badan yang berterusan (Ongoing Weight Loss)

Fasa 3: Pra penyelenggaraan (Pre-Maintenance)

Fasa 4: Penyelenggaraan Seumur Hidup (Lifetime Maintenance)


Fasa 1 : Induksi

Bagi Fasa pertama, dikehendaki mengambil makanan maksima 20 gram karbohidrat sehari selama 2 minggu. Makan makanan yang tinggi kandungan lemak, protein serta sayuran yang rendah kandungan karbohidrat.

Kadar maksima 20 gram karbohidrat semasa Induction ini bukanlah untuk menyukarkan bahkan untuk memastikan badan dapat membakar lemak, bukan glukosa. Dari kaca mata sains, badan akan mula menggunakan glukosa sebagai bahan api dahulu sebelum lemak.

Dengan kadar had maksima karbohidrat sebanyak 20 gram sehari, simpanan glukosa badan akan habis dalam masa 48 jam, ketosis akan berlaku dan mula rasa sedikit lemah atau pening, namun tidak perlu khuatir dengan tindak balas itu kerana apabila lemak anda mula ditukar menjadi bahan bakar, anda akan merasa segar dan bertenaga. Jesteru itu, apa yang dibakar oleh badan untuk menghasilkani tenaga adalah lemak sahaja dan dengan cara inilah lemak dalam badan dapat berkurangan.

Peraturan semasa induksi:

  • Wajib makan 3 kali sehari dengan kadar porsi makanan biasa atau 4-5 kali untuk porsi makanan yang kecil. Dilarang berjaga lebih 6 jam tanpa makan. Hal ini kerana berlapar boleh menyebabkan metabolisma badan menurun sekaligus membantutkan proses membakar lemak.
  • ​Makan dengan nutrisi yang cukup dan lengkap mengikut ketetapan diet atkins.​

Fasa 2 :  Susut Berat Badan Berterusan

Fasa ini dikenali sebagai fasa Susut Berat Badan Berterusan. Dalam diet anda bolehlah ditambahkan kekacang, kemudian buah-buahan rendah karbohidrat, makan yogurt, keju segar, tomato & Limau nipis. Peningakatan dalam pengambilan makanan berkarbohidrat perlu berlaku secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya kita tahu had toleransi karbohidrat kita.

Had toleransi kabohidrat adalah jumlah karbohidrat (dalam unit gram) tertinggi dalam sehari badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan. Untuk ahli sukan, had toleransi karbohidrat boleh mencecah sehingga tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi kebanyakkan orang biasa adalah 40-80 gram sehari. Bagi yang mempunyai metabolisma rendah, hanya 24 gram sehari.

Fasa 2 ini biasanya dilakukan sehingga berat dalam 4.5kg dari berat idaman.

Fasa 3 : Pra-Penyelenggaraan

Memasuki fasa 3 iaitu Pra-Penyelenggaraan, kuantiti karbohidrat di dalam sesetengah makanan boleh ditambah seperti buah-buahan, sayuran yang mempunyai karbohidrat tinggi, bijirin dan lain- lain secara berperingkat seandainya masih kehilangan berat badan.

Fasa 4 : Penyelenggaraan Seumur Hidup

Untuk mengekalkan berat badan, kita perlu tahu berapa kadar karbohidrat yang kita boleh makan setiap hari, Dalam fasa Penyelenggaraan Seumur Hidup, kita perlu belajar menentukan dan mencari jumlah karbohidrat yang boleh diambil. Nilai pengambilan karbohidrat yang sesuai dengan toleransi badan kita terhadap karbohidrat perlu ditetapkan.

Jika sedang hamil, dengan kebenaran doktor, kita boleh mengikuti Fasa 4 ini. Diet ini sangat ketat, jadi perlu dapatkan rujukan daripada doktor terlebih dahulu. Bagi yang berusia bawah 12 tahun, tidak dibenarkan mengamalkan diet ini. Jika sedang menjalani rawatan atau mengambil ubat-ubatan preskripsi tertentu seperti antidepresan, steroid, beta-blockers, ubat-ubatan diuretik untuk tekanan darah tinggi, atau insulin, sila semak dengan doktor sebelum memulakan diet atkins.

Menu Diet Atkins:

1- Telur Ayam / Itik

  • rebus
  • dadar
  • poached (pecah telur dalam air mendidih)
  • scramble (telur goreng hancur)
  • sunny side up (telur mata kerbau)
  • kukus

2- Ayam / Ikan, Daging, Makanan laut selain (sotong, kerang, tiram dan kupang adalah lebih tinggi karbohidrat, hadkan pengambilan)

  • goreng
  • panggang
  • grill
  • kukus
  • rebus

5- sayuran

  • sawi
  • kangkung
  • bayam hijau
  • bak choy
  • salad
  • brokoli
  • bunga kobis
  • cendawan tiram
  • celery

Contoh menu penuh Diet Atkins rendah karbohidrat :

Sarapan
  • Telur goreng hancur dengan serbuk dill dan salmon salai
  • Telur rebus
  • Telur masak separuh
  • Telur goreng mata
  • Sup telur
Makan tengah hari
  • Ayam goreng kunyit
  • Ikan goreng
  • Ayam goreng berempah
  • Ikan singgang
  • Sup ayam
  • Sawi goreng
  • Bayam tumis
  • Kangkung goreng
  • Sayur campur
Makan ringan
  • Sayap ayam goreng
  • Avocado salsa
  • Tauhu bakar
  • Tomato ceri
Makan malam
  • Ikan bakar
  • Udang goreng
  • Sup daging
  • Daging salai
  • Ayam panggang
Minuman
  • air masak atau air mineral

Makanan larangan semasa fasa 1

  • Nasi, roti, bijirin, oat, mee & spagetti.
  • Semua jenis buah-buahan atau jus buah-buah.
  • Gula (semua jenis gula dalam makanan dan minuman)
  • Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  • Makanan berproses dan makanan segera
  • Makanan yang menggunakan tepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  • Sos & penambah rasa ( kicap, sos tomato, sos cili, sos bbq)
  • Sayuran berkanji atau sayur yang mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.(kentang, keladi, jagung, kacang peas, parsnips, lobak merah)
  • Susu dan yogurt

Tips-Tips Lain Yang Perlu Anda Tahu

1. Minum banyak air

Disarankan untuk meminum air dengan banyak untuk mengurang kan air di dalam badan. Ini kerana apabila kita minum air kosong yang banyak, kita dapat  menghidratkan badan kita, terhindar dari sembelit dan kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang sisa dari pembakaran lemak. Jumlah air yang disyorkan adalah 1 liter untuk setiap 25kg berat badan kita.

2. Elak makan buah-buahan

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun tidak ramai sedar atau mengetahui tentang buah-buahan yang berwarna mengandungi kandungan gula yang tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

3. Bersenam/ bersukan

Walaupun senaman tidak memainkan peranan penting ketika ingin menurunkan berat badan menggunakan diet atkins, namun aktiviti bersenam dapat memberi banyak kelebihan seperti:

  • Mengekalkan jisim badan tanpa lemak
  • Membantu mencegah penyakit ( jantung,kencing manis dan lain-lain)
  • Menstabilkan mood serta hilangkan kemurungan
  • Mencergaskan badan

Kelebihan diet atkins:

Kebanyakkan diet di luar sana meletakkan diri kita dalam keadaan berlapar, namun berbeza pula dengan diet atkins di mana kita tidak perlu berlapar ketika mengamalkan diet atkins ini. Dengan mengikuti atkins nutritional approach yang betul, akan berlaku tiga perkara ini:

  •  berat badan akan turun
  • dapat kekalkan berat badan ideal
  • mendapat kesihatan yang lebih baik.

Kesimpulan

Perubahan selepas mengamalkan diet atkins adalah ia dapat memenuhi keperluan nutrisi dengan pengambilan makanan yand sihat dan mengenyangkan serta dapat mengelakkan gula dan karbohidrat yang terkandung dalam makanan. Hasilnya badan akan menjadi lebih bertenaga.

FREE eBook!

145 Malaysian Meals That Could Make You Overweight

Get the guideline on how to control your daily meals to save you from gaining weight in the long term.

Questions/Feedbacks/Suggestions

We appreciate your questions, feedback or any suggestions regarding this section or any other inquiry regarding the guides.

Credits

The video shown above has been carefully selected by Snurck Outfit to ensure the information we present is concise, accurate, and easy to follow by our audiences. This content is not intended as a substitute for medical advice. Please consult a qualified healthcare provider for personalized medical advice. If you like to follow the original author/producer of this video, kindly click the link below to support their hard work on producing this valuable video: